Monday, February 16, 2009
ADUHAI.. ASSIGNMENT OH ASSIGNMENT...
"Dh lama x berjumpa rindu rasa hati, inginku bertemu dgnmu..."
Sbnrnya aku rindu kt blog skrg ni coz dh beberapa hr aku xposting. jd, untuk posting kali ni, aku nk crita kmusykilan dlm assignment yg btimbun.
Aku skrg tgh runsing sgt coz akhr2 sem ni dh byk assignment yg kna hntr. Cam biasa lh kn situasi bdk2 IPT akn submit assignment msg2 last minute. tmasuk lh aku slh sorg yg tgolong dklgn mrk ini.
Antara assignment2nya ialah bahs Dr.Seween, feature Sir Faizal, tadribat al wajib Us.Hamadallah dan lain2 lg. Bahs Dr.seween dh nk settle. Yg aku runsing sgt2 ni psl feature Sir Faizal. Arrgh..tajuk aku xde lg ni. Aku pn xreti sgt nk tulis feature. ktaorg kena bt dlm 6helai masya Allah. bhjt kpd goreng tu. Ketika menggoreng tu, knalh mskkn source2 yg bkenaan dgn tajuk, tp xblh lari drp pitching ler dan mnarik minat org yg mbacanya. lbh kurg teruja cam lagu Ella tu.. Camne ek?
Bak kta lagu Blackdogbone: " Siapakah yg sudi menghulurkan simpati kpd nasibku ini"... Cdgknlh tajuk yg aku tdaya mhurainya ek.
Antara punca2 submit lwt ialah boleh mnyebabkn mata2 lebam dan sembab ketika dtg ke kelas, mengantuk dan xblh tumpu sepenuhnya kt kuliah2. Gara2 xcukup tidur katakn. Betul x sahabat2ku?
Monday, February 9, 2009
BAHAYA ANCAMAN DENGGI...
Denggi ialah satu penyakit yang membahayakan dan boleh membawa maut. Penyakit ini berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus kepada mangsanya.
Antara punca-punca demam denggi adalah tidak menjaga kebersihan, longkang tersumbat, membiarkan air bertakung dan sebagainya.
Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran rumah seperti membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah yang telah disediakan atau membakarnya , sentiasa membersihkan tandas dan bilik air.
Nyamuk akan berada di kawasan longkang tersumbat yang dipenuhi sampah-sarap kerana di situlah tempat pembiakan nyamuk. Ini kerana mereka berhajat kepada tempat-tempat yang kotor dan tercemar.
Air bertakung juga adalah satu punca pembiakan nyamuk. Oleh itu, kita mestilah memantau kawasan persekitaran tidak ada tempat pertakungan air. Sekiranya pihak kesihatan menemui kawasan-kawasan yang bertakung ini, individu tersebut akan didenda.
Ini lampiran berita yang dimuatkan di dalam USIM TODAY/ALYAUM hasil kerjasama antaraku dan sahabatku,Nab setelah diedit sebanyak 2kali oleh lecturer kami Sir Faizal Kasmani. Di sini juga, kami ingin memohon sejuta kemaafan dan seribu keampunan daripada Sir kerana kami tidak mahir sangat dalam penulisan berita walaupun hampir 2semester kami mempelajari selok-belok penulisan berita ini.
BANTERAS DENGGI
OLEH: ZAINAB BINTI ISMAIL & NORIZAN BINTI MAT DAUD.
NILAI - Pelajar USIM perlu berhati-hati dengan penyakit demam denggi berikutan peningkatan wabak tersebut. di seluruh Negara.
Menurut Rosmaria Autar, Jururawat Unit Kesihatan USIM setakat ini hanya terdapat dua kes demam denggi yang dilaporkan kepada pihak Unit Kesihatan USIM untuk semester dua sesi pengajian 2008/2009.
Walaupun tidak pada tahap yang membimbangkan, pihak universiti sentiasa memastikan langkah pencegahan dijalankan secara berkala.
“Sekiranya terdapat kes demam denggi dilaporkan di kalangan warga USIM, pihak Unit Kesihatan USIM akan menelefon pejabat Kesihatan Seremban supaya melakukan semburan (fogging) di tempat yang disyaki menjadi punca pembiakkan nyamuk”. Kata beliau.
“Pelajar juga hendaklah sentiasa menjaga kebersihan seperti tiada tempat air bertakung dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Saya juga ingin menasihatkan kepada pelajar yang menjadi mangsa demam denggi supaya memperbanyakkan minum air masak, memakan ubat pada waktunya dan mengambil sedikit makanan walaupun tidak berselera”.Menurutnya lagi.
Tambah beliau lagi, antara tanda-tanda awal penyakit ini adalah demam yang berpanjangan pada waktu malam lebih daripada tiga hari, sakit sendi dan kepala. Tahap kritikal pula seperti pening, muntah, ruam-ruam merah dan pendarahan gusi.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan
“Setiap lapisan dan komuniti-komuniti tempatan perlu berusaha dalam mencegah wabak ini seperti menjalankan kegiatan gotong-royong membersihkan kawasan rumah atau premis- premis yang dijalankan oleh setiap individu”. Kata beliau yang ditemui USIM TODAY pada majlis dialog bersama warga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Kolej Kejururawatan
Tambah beliau lagi, pihak Kementerian Kesihatan juga telah menubuhkan pasukan khas untuk mencari sarang nyamuk Aedes di setiap negeri sebagai langkah awal menangani penyakit ini.
Sunday, February 8, 2009
PELIK BIN AJAIB...
LALUAN PEJALAN KAKI vs LALUAN RUMPUT
kebanyakkan pelajar dan sebilangan pensyarah mengambil jalan mudah membiasakan diri mereka dgn menggunakn laluan rumput sbg laluan dari bangunan FSU menuju ke bangunan F
rumput2 segar yg yg tlh mjd jln atau laluan atau blh dktakn sbg penunjuk arah krn dipijak oleh mereka ini setiap hari. kdg2 shj bhjt kpd laluan pejalan kaki spt hujan dan cuaca yg tlalu panas. namun, hnylh serangga2 spr semut, ulat dsb yg menggunakn atau m'jd phiasan laluan pjln kaki.
MUNAJAT CINTA...
Kepada insan2 yg sedang dilamun cinta ...
Hayatilah munajat cinta ini dan pohonlah pada Allah S.W.T. semoga kita tergolong dalam golongan yg benar-benar beriman... INSYA ALLAH...
Ya Allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseoarng yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu...
Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidakmelebihi cintaku pada MU......
Ya Allah, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yg hatinya tertaut padaMU ,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cintaMU.......
Ya Rabbana jika aku jatuh hati ,jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati MU....
Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg
merindui syahid di jalan MU.......
Ya Allah jika aku rindu,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga MU.....
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu......
Ya Allah jika kau jatuh hati pada kekasih MU,jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada MU......
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasih MU,jangan biarkan aku
melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu
abadi hanya kepada Mu.........
Saturday, February 7, 2009
KU MERINTIH, AKU MENANGIS. KU MERATAP AKU MENGHARAP...
Alhamdulillah, aku mengenali mereka ketika semester 1 sampailah sekarang dan selamanya. Insya Allah... kami selalu b'5 ke mana shj. wa imma k kmpus atau luar kmpus. psamaan kmi adalah rkn skelas, seasrama, sejantina, dan senegeri. beza kmi pula dari segi wajah, daerah, pwatakn dan ade lgilh. aku bsyukur dpt mengenali dan membina persahabatn ini sampai skrg krn aku tidak biasa hidup sendirian berhad.
walaupun aku happy go lucky cam knk2 ribena, dsbbkn satu prkra yg memedihkn dan memeritknku, aku blh b2kr mjd pmarah. sbgmn yg sedia mklum, CEMBURU adalah satu sifat drp sifat2 mazmumah dan Allah melarang kta drp mlakukn sifat ini.
bt shbt2ku, smg pshbtn kta ini kukuh spt kukuhnya tali dlm ssuatu ikatn itu. hny maut yg dpt mmisahkn kta b'5. marilh sm2 kta b'amal d muka bumi Allah ini krn tlh jls tmaktub d dlm hadis Rasulullah S.A.W. yg bmksud: "Sesungguhnya Allah tidak mmandang rupa prs kmu dan harta2 kmu. Tetapi Allah mmndg kpd amalan2 kamu dan hati2 kmu". di samping memdptkn ilmu, kta hndklh mmnfaatkn apa yg kta pelajari krn "ilmu tanpa amal spt pokok yg tidak b'buah".
aku ingin mninggalkn posting ini dgn sbuah lagu yg dpetik dr kump In-Team yg btjuk STAND TOGETHER khas utk sahabat2ku fi sabilillah ...
STAND TOGETHER
A journey to the end
We are servants we bow to Allah
From him ahelping hand
We are different races
From countries far and wide
Together we can fake it
Uphold what"s pure and right
We can stand and work hand in hand
We're stronger when we unite
Share the word and spread the truth
With Iman Allah's light
In our heart can fake it
When Allah love embraced
Together we can make it
The world a better place
Everything in life we can take
Cause we live in this worldly live
Can only try
everything we have we want to
have the very best
But we can only face the test
For we can try
And in team we stand
And in team we can
We can make it through the day
We can help each other want another
And in team we should stay
Let us take the guidance
From Allah and Rasulullah
We can face the world
We can make it through the night...
Tuesday, February 3, 2009
SAMBUNGAN SEHARI BERSAMA WARTAWAN..
ketika sidang media, aku mendengar dengan khusyu' sambil mengambil input2 yg perlu dicatatkan. masing2 menagajukan soalan kepada Tan Sri. setelah selesai, kami menjamu selera dan kembali semula ke pejabat Sinar Harian...
sepanjang sessi kami bersama dengan wartawan sinar harian, kak za, beliau sangat sporting dan melayan kami dengan amat baik sekali. kami bertanyakan pengalaman, bekerja dan lain-lain lagi. kami boleh bagi 5bintang kepada sinar harian. tidak lupa, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada editor, kak normy dan tak lupa jgk Hj.jalil yang memberi peluang kepada kami menyelesaikan on-field assignment ini..
Sunday, February 1, 2009
SEHARI BERSAMA WARTAWAN..
Pd hr khamis,29 Januari 2009 adalah hari yang amat bermakna bagiku kerana dapat menyelesaikan on-field-assignment walaupun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkanku. Namun, kugagahkan hati dan jiwa ini menuju ke destinasi pejabat Sinar Harian di negeri kesayanganku itu.
Aku teringat akan bait lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan SPRING, "pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran". Begitulah lebih kurangnya...
Antara pengalaman yang tak boleh kulupa ketika aku dan teman seperjuanganku, Nab dapat berkumpul bersama wartawan-wartawan dari pelbagai agensi seperti BERNAMA, THE STARS, NEWSTRAIT TIMES dan lain-lain lagi sebelum sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Bersambung...