Monday, February 9, 2009

BAHAYA ANCAMAN DENGGI...

Denggi ialah satu penyakit yang membahayakan dan boleh membawa maut. Penyakit ini berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus kepada mangsanya.

Antara punca-punca demam denggi adalah tidak menjaga kebersihan, longkang tersumbat, membiarkan air bertakung dan sebagainya.

Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran rumah seperti membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah yang telah disediakan atau membakarnya , sentiasa membersihkan tandas dan bilik air.

Nyamuk akan berada di kawasan longkang tersumbat yang dipenuhi sampah-sarap kerana di situlah tempat pembiakan nyamuk. Ini kerana mereka berhajat kepada tempat-tempat yang kotor dan tercemar.

Air bertakung juga adalah satu punca pembiakan nyamuk. Oleh itu, kita mestilah memantau kawasan persekitaran tidak ada tempat pertakungan air. Sekiranya pihak kesihatan menemui kawasan-kawasan yang bertakung ini, individu tersebut akan didenda.

Ini lampiran berita yang dimuatkan di dalam USIM TODAY/ALYAUM hasil kerjasama antaraku dan sahabatku,Nab setelah diedit sebanyak 2kali oleh lecturer kami Sir Faizal Kasmani. Di sini juga, kami ingin memohon sejuta kemaafan dan seribu keampunan daripada Sir kerana kami tidak mahir sangat dalam penulisan berita walaupun hampir 2semester kami mempelajari selok-belok penulisan berita ini.

BANTERAS DENGGI

OLEH: ZAINAB BINTI ISMAIL & NORIZAN BINTI MAT DAUD.

NILAI - Pelajar USIM perlu berhati-hati dengan penyakit demam denggi berikutan peningkatan wabak tersebut. di seluruh Negara.

Menurut Rosmaria Autar, Jururawat Unit Kesihatan USIM setakat ini hanya terdapat dua kes demam denggi yang dilaporkan kepada pihak Unit Kesihatan USIM untuk semester dua sesi pengajian 2008/2009.

Walaupun tidak pada tahap yang membimbangkan, pihak universiti sentiasa memastikan langkah pencegahan dijalankan secara berkala.

“Sekiranya terdapat kes demam denggi dilaporkan di kalangan warga USIM, pihak Unit Kesihatan USIM akan menelefon pejabat Kesihatan Seremban supaya melakukan semburan (fogging) di tempat yang disyaki menjadi punca pembiakkan nyamuk”. Kata beliau.

“Pelajar juga hendaklah sentiasa menjaga kebersihan seperti tiada tempat air bertakung dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Saya juga ingin menasihatkan kepada pelajar yang menjadi mangsa demam denggi supaya memperbanyakkan minum air masak, memakan ubat pada waktunya dan mengambil sedikit makanan walaupun tidak berselera”.Menurutnya lagi.

Tambah beliau lagi, antara tanda-tanda awal penyakit ini adalah demam yang berpanjangan pada waktu malam lebih daripada tiga hari, sakit sendi dan kepala. Tahap kritikal pula seperti pening, muntah, ruam-ruam merah dan pendarahan gusi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Mohd Ismail Merican menyeru semua pihak agar bekerjasama dalam membanteras semakin penyakit denggi.

“Setiap lapisan dan komuniti-komuniti tempatan perlu berusaha dalam mencegah wabak ini seperti menjalankan kegiatan gotong-royong membersihkan kawasan rumah atau premis- premis yang dijalankan oleh setiap individu”. Kata beliau yang ditemui USIM TODAY pada majlis dialog bersama warga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Kolej Kejururawatan Kota Bharu .

Tambah beliau lagi, pihak Kementerian Kesihatan juga telah menubuhkan pasukan khas untuk mencari sarang nyamuk Aedes di setiap negeri sebagai langkah awal menangani penyakit ini.

4 comments:

  1. salam...memnag sepatutnya kita harus menjaga kesihatan apatah lagi sebagai pelajar kan...k gud luck yer..jgn luper komen blog kita pulak tau!!

    ReplyDelete
  2. sama-samalah kita membanteras gejala ini agar ia tidak berleluasa.

    ReplyDelete
  3. sma2 lah kta jg kb'shn alam smulajadi ciptaan Allah untuk mengelakkn dr plbgai pykt..

    ReplyDelete

kau sahabat kau teman.....